AGENDA

Aliran trafik meningkat di lebuh raya utama pagi ini

9 Feb 2024, 2:20 AM
Aliran trafik meningkat di lebuh raya utama pagi ini

KUALA LUMPUR, 9 FEB: Aliran trafik di Lebuhraya Utara Selatan (Plus) meningkat pagi ini berikutan orang ramai mengambil peluang bercuti dan balik ke kampung sempena perayaan Tahun Baharu Cina esok.

Akaun rasmi X Plus memaklumkan trafik ke arah utara perlahan dari Sungai Buloh ke Rawang Selatan dan Rawang Selatan menuju ke Rawang manakala keadaan sesak dilaporkan dari Slim River ke Sungkai.

Trafik juga dilaporkan sesak dari Putrajaya ke Bandar Gamuda Cove berikutan kemalangan di Kilometer 25 dan dari Skudai ke Sedenak.

Sementara itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi memaklumkan aliran trafik dari Lembah Klang menuju ke pantai timur masih terkawal dan kesesakan hanya berlaku di Genting Sempah menuju ke Bukit Tinggi berikutan kemalangan di Kilometer 42.5 yang menyebabkan lorong kiri terhalang.

“Pengguna lebuh raya dinasihati merancang perjalanan mereka terlebih dahulu kerana dijangka aliran trafik semakin bertambah pada tengah hari dan petang nanti,” katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619