AGENDA

Jajaran Rel Kita Selangor jadikan Klang titik tengah, suntik ekonomi pelbagai sektor

5 Feb 2024, 1:33 PM
Jajaran Rel Kita Selangor jadikan Klang titik tengah, suntik ekonomi pelbagai sektor

KLANG, 5 FEB: Jajaran Rel Kita Selangor menjadikan bandar raya Klang sebagai titik tengah antara Kuala Lumpur dan Petaling Jaya dengan kawasan pantai barat negeri.

Dato’ Menteri Besar berkata jaringan pengangkutan itu juga bakal mewujudkan kawasan dan penempatan baharu sekitar Klang, Kuala Selangor dan Tanjong Karang sekali gus menyuntik ekonomi dan pelbagai sektor industri.

“Dengan pembinaan rel ini, mereka yang menetap di kawasan pantai barat boleh menaiki tren dan tiba di Klang, Petaling Jaya atau Kuala Lumpur antara 30 minit sehingga sejam, tanpa perlu bergantung sepenuhya dengan kenderaan peribadi,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Menyampaikan sembah ucapan sempena perisytiharan Majlis Bandaraya Diraja Klang hari ini, Amirudin berkata bandar itu juga merupakan nadi kepada Zon Pembangunan Ekonomi Gerbang Maritim Selangor (SMG) di sepanjang jajaran Sungai Klang.

“Hasrat ini telah lama wujud namun belum matang sehinggalah intervensi pada 2018 dan 2019,” katanya.

SMG yang terkandung dalam Rancangan Selangor Pertama (RS-1) dijayakan anak syarikat Kerajaan Negeri, Landasan Lumayan Sdn Bhd bagi menaik taraf sungai sepanjang 56 kilometer.

Ia turut melibatkan usaha mendalam dan melebarkan sungai bagi mengawal banjir di kawasan sekitar.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619