AGENDA

Mangsa bah empat negeri turun kepada 1,340, masih berteduh di 15 PPS

28 Jan 2024, 6:00 AM
Mangsa bah empat negeri turun kepada 1,340, masih berteduh di 15 PPS

KUALA LUMPUR, 28 JAN: Jumlah keseluruhan mangsa banjir di 15 pusat pemindahan sementara (PPS) di Terengganu, Pahang, Kelantan dan Johor menurun kepada 1,340 orang setakat 12 tengah hari ini berbanding 1,684 orang pagi tadi.

Menurut laporan terkini Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), jumlah mangsa tertinggi direkodkan di Terengganu dengan 1,283 orang dan ditempatkan di 12 PPS di Dungun.

Jumlah mangsa banjir di Johor pula menurun mendadak daripada 235 kepada 29 orang dan ditempatkan di sebuah PPS di Kota Tinggi manakala di Pahang 28 mangsa ditempatkan di sebuah PPS di Rompin.

Sementara itu, tinjauan situasi di Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati beberapa sungai masih berada pada paras bahaya di Johor, Kedah, Kelantan, Pahang, Perlis, Sabah, Selangor dan Terengganu.

Antara sungai terlibat ialah Sungai Johor di Kota Tinggi (Johor); Sungai Kedah di Kota Setar (Kedah); Sungai Rompin (Pahang), Sungai Arau (Perlis), Sungai Kinabatangan (Sabah), Sungai Klang di Petaling (Selangor), Sungai Dungun serta Sungai Terengganu di Hulu Terengganu (Terengganu).

NADMA turut memaklumkan 25 jalan ditutup akibat banjir, jambatan rosak, jalan dan cerun runtuh antaranya di Trolak Selatan di Batang Padang, Perak; Jalan Bukit Jugra di Kuala Langat, Selangor dan Jalan Petri Jaya di Kota Tinggi, Johor.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619