AGENDA

Kuil Batu Caves bakal dilengkapi kemudahan eskalator

25 Jan 2024, 12:20 AM
Kuil Batu Caves bakal dilengkapi kemudahan eskalator

GOMBAK, 25 JAN: Kerajaan Negeri bersetuju untuk membina kemudahan eskalator sebagai alternatif kepada 272 anak tangga yang perlu dinaiki untuk ke Gua Kuil Sri Subramaniam di Batu Caves.

Dato' Menteri Besar berkata Jawatankuasa Teknikal Pembangunan Kawaan Sensitif Alam Sekitar (JTPKSAS) Selangor sedang memperhalusi perkara itu terutama melibatkan keselamatan struktur bangunan.

“Kerajaan Negeri bersetuju untuk meluluskan kemudahan ini kerana ia akan mengurangkan jumlah kesesakan, menjimatkan masa pengunjung dan memberi keselesaan kepada warga emas

“Kita masih menunggu laporan jawatankuasa. Ia penting untuk memastikan struktur dibina selamat serta mampu menampung kehadiran jumlah pengunjung yang ramai,” katanya.” kata Dato’ Seri Amirudin Shari ditemui pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Thaipusam peringkat Selangor di Batu Caves malam tadi.

Terdahulu, Amirudin turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM535,000 kepada 47 kuil di seluruh Selangor.

Sementara itu, EXCO Pembasmian Kemiskinan V Papparaidu berkata pentadbiran negeri sentiasa memberi sokongan dan bantuan kepada masyarakat India terutama menjelang musim perayaan.

“Sejak 2008, Kerajaan Negeri sentiasa membantu rumah ibadat seperti kuil, gereja dan surau bagi kerja baik taraf dan pemulihan. Bantuan kewangan ini bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti keagamaan," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619