AGENSI

Anuar Zain, Ernie Zakri dan Syamel serikan Wacana Srikandi 5 Mac

24 Jan 2024, 2:00 PM
Anuar Zain, Ernie Zakri dan Syamel serikan Wacana Srikandi 5 Mac

SHAH ALAM, 24 JAN: SACC Convec Sdn Bhd bakal menganjur program Wacana Srikandi pada 5 Mac depan sempena sambutan Hari Wanita Sedunia.

Ketua pegawai eksekutifnya berkata program julung kali di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) akan menampilkan artis terkemuka Anuar Zain, Ernie Zakri dan Syamel.

"Program ini bertujuan memperingati peranan wanita dalam pelbagai bidang dan memberi inspirasi kepada generasi baharu mencapai kejayaan terutama dalam bidang kerjaya dan kehidupan.

"Bertemakan 'Memperkasakan Wanita, Mengarus Perdana Gender', program ini menawarkan pelbagai acara menarik yang akan menyentuh aspek keusahawanan, seni dan pembangunan diri," kata Nor Azlina Amran.

Beliau menambah program turut diserikan dengan forum tokoh usahawan Malaysia yang dikendali personaliti terkenal, Fedtri Yahya yang membicarakan peranan wanita dalam aspek ekonomi dan sosial.

"Antara panel yang hadir adalah Pengasas Chatime Malaysia Aliza Ali, Ketua Pegawai Eksekutif Avenys Malaysia Sdn Bhd Aleeya Zailan dan penerima Anugerah Pesona Wanita Inspirasi Johor Masitah Mohd Affandy.

"Turut diadakan pertunjukan fesyen daripada pereka terkenal Jedan dengan rekaan ekslusif bertemakan Cahaya Aidilfitri yang akan memperagakan 30 pasang baju raya direka khas sempena program tersebut," ujarnya.

Bermula jam 10 pagi hingga 3 petang, mereka yang berminat boleh mendapatkan tiket berharga dari RM3,500 hingga RM6,000 per meja menerusi laman sesawang http://www.eventx.com.my

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619