AGENDA

Suri rumah rugi hampir RM1.5 juta ditipu sindiket menyamar polis

21 Jan 2024, 3:30 PM
Suri rumah rugi hampir RM1.5 juta ditipu sindiket menyamar polis

SEREMBAN, 21 JAN: Seorang suri rumah mengalami kerugian hampir RM1.5 juta selepas terperdaya dengan panggilan penipuan oleh individu menyamar sebagai anggota polis.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohamad Hatta Che Din berkata pihaknya menerima laporan berkait modus operandi sindiket panggilan penipuan melibatkan kerugian RM1,491,832.82 itu pada Jumaat.

“Mangsa menerima panggilan telefon daripada individu tidak dikenali menyamar sebagai polis dan menyatakan mangsa adalah suspek yang terlibat dalam jenayah penipuan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa kemudian diarahkan membuat pembayaran wang ke beberapa akaun bank milik individu tidak dikenali.

Mohamad Hatta berkata susulan itu orang ramai dinasihatkan supaya segera membuat semakan dengan pihak polis bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619