AGENDA

Brek lori rosak, rempuh enam kenderaan di simpang lampu isyarat

21 Jan 2024, 11:18 AM
Brek lori rosak, rempuh enam kenderaan di simpang lampu isyarat

TASEK GELUGOR, 21 JAN: Sebuah lori merempuh enam kenderaan lain yang berhenti di persimpangan lampu isyarat Jalan Ara Kuda di sini semalam, dipercayai akibat kerosakan brek.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Supt Siti Nor Salawati Saad berkata kejadian itu menyebabkan seorang pemandu kereta mengalami kecederaan, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

"Kemalangan pada 11.15 pagi itu dipercayai berlaku apabila lori dalam perjalanan dari Tasek Gelugor menghala ke Lunas, Kedah tidak dapat berhenti kerana kegagalan brek.

"Ketika tiba di lampu isyarat, pemandu lori memperlahankan kenderaannya dengan bergerak ke kiri dan kanan selepas brek gagal berfungsi, sebelum merempuh enam kenderaan yang berhenti di lampu isyarat itu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

Terdahulu, tular satu video menunjukkan sebuah lori hilang kawalan sebelum merempuh beberapa kereta ketika semua kenderaan itu berhenti di lampu isyarat.

-- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619