AGENDA

Tarif baharu bantu Air Selangor laksana pemulihan dan naik taraf aset

19 Jan 2024, 8:00 AM
Tarif baharu bantu Air Selangor laksana pemulihan dan naik taraf aset
Tarif baharu bantu Air Selangor laksana pemulihan dan naik taraf aset

SHAH ALAM, 19 JAN: Tarif baharu akan meningkatkan lagi kerja pemulihan dan naik taraf aset termasuk membina loji rawatan air (LRA), mengganti paip usang dan membaiki rumah pam.

Menurut Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), usaha tersebut dapat memastikan kelangsungan perkhidmatan bekalan air demi kesejahteraan pengguna pada masa depan.

Dalam soalan lazim yang terbit 18 Januari, bekalan berterusan melalui pembinaan LRA baharu penting bagi meningkatkan margin rizab bekalan itu kepada 20 peratus pada 2030.

Berikut antara usaha dan perancangan Air Selangor dalam membangunkan prasarana:

  • naik taraf 34 LRA, empangan (lapan) dan takungan air pinggiran sungai (empat)
  • LRA Rasau peringkat satu siap pada 2025, LRA Penyahgaraman Pulau Ketam (2026), LRA Rasau peringkat dua (2028) dan LRA Labohan Dagang fasa dua (2029)
  • sembilan kolam, 28 rumah pam dibaik pulih
  • paip baharu dipasang meliputi 23 lokasi antara tahun ini hingga 2026
  • mengganti paip daripada 150km setahun kepada 300km setahun mulai 2024
  • mengganti paip 400km setahun mulai 2034
  • Sepanjang 5,000km paip usang diganti dalam 15 tahun (2040)

Syarikat itu juga yakin untuk mengekal kualiti air pada tahap 99 peratus piawaian Kementerian Kesihatan berikutan kerja pencucian 321 kolam air dan paip sepanjang 11,833km dipertingkat.

"Penambahan pemasangan analisis dalam talian untuk memantau kualiti air sebanyak 190 kepada 300 buah dalam tempoh tiga tahun akan datang," kata paparan soalan lazim itu.

Empangan Semenyih. Foto Facebook Air Selangor

Air Selangor juga menjelaskan kadar air tidak terhasil juga dapat dikurangkan kepada 27.5 peratus pada 2025 dan 23.5 peratus (2030) hasil program penggantian paip tersebut.

Tarif air naik purata 22 sen setiap meter padu kepada pengguna domestik di semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan mulai 1 Februari, menurut Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara.

Justeru, Kerajaan Selangor menyerap sebahagian tarif baharu dianggar RM40 juta setahun untuk penerima Skim Air Darul Ehsan (SADE) selain rumah ibadah dan kebajikan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619