ADN

DUN Taman Templer sedia RM500,000 bantu persatuan laksana kegiatan masyarakat

17 Jan 2024, 4:30 AM
DUN Taman Templer sedia RM500,000 bantu persatuan laksana kegiatan masyarakat
DUN Taman Templer sedia RM500,000 bantu persatuan laksana kegiatan masyarakat

SHAH ALAM, 17 JAN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Templer memperuntuk RM500,000 tahun ini sebagai dana sumbangan kepada pelbagai institusi untuk melaksanakan kegiatan kemasyarakatan.

Wakil rakyatnya berkata penyerahan sumbangan secara berkala dibuat kepada badan bukan kerajaan (NGO), surau dan persatuan yang memohon melalui pusat khidmat masyarakat DUN Taman Templer.

[caption id="attachment_613031" align="aligncenter" width="739"] Ahli Dewan Negeri Taman Templer Anfaal Saari ketika ditemui media selepas pembentangan Belanjawan Selangor 2024 di Bangunan SUK pada 10 November 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

“Cek sumbangan diserahkan kepada mereka dan diharap dapat merancakkan lagi aktiviti masyarakat di DUN Taman Templer,” kata Anfaal Saari ketika dihubungi.

Anfaal berkata pihaknya turut menyalurkan bantuan kewangan segera semalam kepada lapan keluarga mangsa kebakaran dan satu keluarga mangsa ribut yang terjejas akibat bencana berkenaan baru-baru ini.

“Setiap keluarga menerima bantuan kewangan segera RM500. Semoga dengan sumbangan tersebut dapat mengurangkan beban kewangan mereka,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619