AGENDA

Aset raja dadah dianggar RM190 juta, hadapi pertuduhan di Thailand

15 Jan 2024, 2:30 PM
Aset raja dadah dianggar RM190 juta, hadapi pertuduhan di Thailand

KANGAR, 15 JAN: Nilai aset lelaki didakwa ‘raja dadah Malaysia’ berusia 41 tahun yang ditahan di Laos baru-baru ini dianggarkan RM190 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din berkata lelaki dari Perak itu pernah ditahan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 (Akta 316) dan nilai aset itu berdasarkan sitaan peringkat awal ketika penahanannya sebelum ini.

“...nilai (aset) tak silap saya masa kita (polis) buat sitaan itu dalam (anggaran) RM190 juta, yang kita sita pada peringkat awal, sebahagian kita lucut hak dan sebahagian lagi kita pulangkan semula,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis di sini hari ini.

Turut hadir pada sidang media itu Ketua Polis Perlis Datuk Muhammad Abdul Halim.

Pada 8 Januari lalu, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dilaporkan sebagai berkata lelaki yang berkahwin dengan wanita Thailand itu akan menghadapi pertuduhan di Thailand.

Media sebelum ini melaporkan suspek yang dikehendaki polis Thailand itu ditahan dalam operasi bersama Thai-Laos pada 29 Disember lalu.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619