AGENDA

Polis tunggu arahan pendakwa kes remaja pukul rakan enggan ponteng sekolah

12 Jan 2024, 7:39 AM
Polis tunggu arahan pendakwa kes remaja pukul rakan enggan ponteng sekolah

KUALA LUMPUR, 12 JAN: Polis selesai menjalankan siasatan kes remaja memukul bahagian muka rakannya menggunakan topi keledar kerana dikatakan enggan ponteng sekolah.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata kertas siasatan kes itu sudah dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

"Kertas siasatan dihantar pada Rabu lalu dan kita masih menunggu arahan seterusnya," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan remaja lelaki berusia 15 tahun memukul rakan sekolahnya berusia 14 tahun dalam kejadian di Jalan Prima Pelangi 7, Bukit Prima Pelangi, Segambut Dalam, di sini pada 5 Januari lalu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619