AGENDA

Forum Perdana Ehwal Islam Diraja di Istana Negara esok

10 Jan 2024, 5:01 AM
Forum Perdana Ehwal Islam Diraja di Istana Negara esok

PUTRAJAYA, 10 JAN: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Istana Negara menganjurkan program Forum Perdana Ehwal Islam Diraja bertajuk "Institusi Diraja Penyatuan Ummah" di Istana Negara esok.

Ketua Pengarah Jakim Datuk Hakimah Mohd Yusoff dalam kenyataan hari ini berkata Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah memberi perkenan berangkat ke program itu.

Forum berkenaan akan menampilkan Ustaz Zakaria Othman daripada Jakim sebagai moderator bersama tiga panel iaitu Timbalan Mufti Pahang Datuk Badli Shah Alaudin, Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Madya Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashi dan Pensyarah Universiti Malaya Prof Madya Dr Sharifah Hayaati Syed Ismail.

Hakimah berkata forum itu bertujuan meningkatkan dan menyuburkan kefahaman segenap lapisan masyarakat bahawa institusi diraja ialah simbol menyatukan ummah dalam kalangan komuniti yang berbeza dan pelbagai di bawah frasa kesetiaan dan ketaatan secara bersama kepada raja dan negara.

Forum akan turut disiarkan secara langsung menerusi RTM saluran TV1 pukul 9 malam selama sejam 30 minit.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619