ADN

Wakil rakyat turun ke masjid hebah program bantuan negeri

3 Jan 2024, 4:10 AM
Wakil rakyat turun ke masjid hebah program bantuan negeri

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 3 JAN: Wakil rakyat Lembah Jaya turun ke masjid bagi mendekati penduduk khasnya warga emas bagi menghebahkan program bantuan negeri bawah Iltizam Selangor Penyayang (ISP).

Menurut Syed Ahmad Syed Abdul Rahman atau Altimet, pihaknya mahu memastikan golongan yang layak dan memerlukan mendaftar, sekali gus mendapat manfaat penuh program kebajikan negeri.

“Kita faham bukan semua mempunyai akses untuk menerima hebahan melalui media sosial, justeru saya sentiasa turun padang seperti di masjid atau surau untuk memaklumkan program ISP," katanya.

Beliau juga giat membuat hebahan program bantuan perayaan antaranya Jom Shopping Raya sempena Tahun Baharu Cina pada Februari, termasuk merangka program untuk Ramadan dan Aidilfitri.

Syed Ahmad turut memastikan sekurang-kurangnya kuota 10 peratus skim air percuma atau Skim Air Darul Ehsan yang disediakan pentadbiran negeri dimanfaatkan penduduk kawasan itu.

“Pentingnya hebahan kepada rakyat program bantuan disediakan Kerajaan Negeri supaya lebih 65,000 pengundi Lembah Jaya dapat menerima manfaat berkenaan," katanya.

Beliau turut bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Ampang Jaya bagi memastikan kemudahan di tempat awam dibaik pulih segera termasuk menebang pokok tua untuk keselamatan penduduk.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619