AGENDA

Imigresen gempur Little India, lebih 100 warga asing ditahan

1 Jan 2024, 12:47 PM
Imigresen gempur Little India, lebih 100 warga asing ditahan
Imigresen gempur Little India, lebih 100 warga asing ditahan
Imigresen gempur Little India, lebih 100 warga asing ditahan

KUALA LUMPUR, 1 JAN: Serbuan yang dijalankan Jabatan Imigresen di Little India, Brickfields di sini membuahkan hasil apabila lebih 100 warga asing ditahan atas beberapa kesalahan di bawah Akta Imigresen daripada keseluruhan 370 orang yang diperiksa.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Imigresen Jafri Embok Taha berkata 370 individu yang diperiksa terdiri daripada warga India, Bangladesh, Filipina, Pakistan, Sri Lanka, Indonesia, Myanmar dan Nepal berusia 25 tahun hingga 71 tahun, dengan 335 daripadanya lelaki dan 35 wanita.

Beliau berkata serbuan ke atas lebih 30 premis itu membabitkan kediaman, kedai pakaian, restoran, kedai gunting rambut, kedai barang kecantikan dan kedai serbaneka di sekitar Jalan Thamby Abdullah, turut disertai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) serta Angkatan Pertahanan Awam (APM).

[caption id="attachment_621441" align="aligncenter" width="839"] Lebih 100 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam operasi bersepadu di Little India, Brickfields pada 1 Januari 2024. Foto BERNAMA[/caption]

"Dalam operasi ini, lebih 100 pendatang tanpa izin ditahan dan dibawa ke Depot Tahanan Jabatan Imigresen di Semenyih untuk disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

"Ini kerana mereka melakukan kesalahan antaranya tidak mempunyai dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa dan pemegang kad yang tidak diiktiraf," katanya ketika ditemui selepas operasi tiga jam bermula 1 tengah hari tadi yang disertai 224 anggota Imigresen, JPN dan APM.

Jafri Embok berkata serbuan itu adalah susulan aduan orang ramai berhubung kebanjiran warga asing di kawasan berkenaan.

Sementara itu, mengulas mengenai Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 2.0, Jafri Embok berkata pendaftaran program itu berakhir semalam selepas dua tahun dilaksanakan.

Beliau berkata proses seterusnya adalah pengesahan permohonan yang akan dilaksanakan sehingga 31 Mac ini.

[caption id="attachment_621443" align="aligncenter" width="866"] Lebih 100 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam operasi bersepadu di Little India, Brickfields pada 1 Januari 2024. Foto BERNAMA[/caption]

“Selepas 31 Mac ini, kita akan melakukan operasi dan mengambil tindakan terhadap pekerja asing yang belum melalui proses pengesahan berkenaan terutama mereka yang memegang kad RTK sebagai alasan semasa pemeriksaan dokumentasi,” katanya.

Program RTK diwujudkan bagi menjadikan pendatang tanpa izin yang ada di negara ini sebagai pekerja asing sah, digajikan oleh majikan yang layak dan tertakluk kepada syarat ketat diputuskan kerajaan, menerusi Jabatan Imigresen dan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia.

Pelaksanaan semula program RTK dan mewujudkan Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing, merupakan antara dua perkara yang dipersetujui dalam Mesyuarat Khas Pengurusan Pekerja Asing dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada 10 Januari tahun lalu.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619