AGENDA

Penyanyi legenda M Daud Kilau meninggal dunia

18 Dis 2023, 10:41 AM
Penyanyi legenda M Daud Kilau meninggal dunia

IPOH, 18 DIS: Bintang legenda, Datuk M Daud Kilau, 85, meninggal dunia di Hospital Teluk Intan kira-kira 4.40 petang hari ini.

Pemergian Raja Gelek Malaysia itu disahkan oleh cucu Allahyarham, Hasnor Ikram melalui laman sosial Instagram.

"Atuk saya Mohd Daud bin Kilau telah hembuskan nafasnya yang terakhir sebentar sahaja tadi. Al-Fatihah," katanya ringkas menerusi 'Insta Story' melalui akaun peribadinya.

Penyanyi lagu malar segar “Che Mek Molek” itu sebelum ini berdepan masalah kesihatan seperti penyakit kencing manis, tidak boleh berdiri lama, kebas kaki dan tangan serta pinggang selain keadaan jantung yang tidak stabil serta kurang pendengaran.

Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Balah Baroh, Bagan Datuk selepas solat Zuhur esok.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619