AGENDA

Cungkil bakat belia melalui debat, lahir pelajar cemerlang akademik, sahsiah

18 Dis 2023, 8:18 AM
Cungkil bakat belia melalui debat, lahir pelajar cemerlang akademik, sahsiah
Cungkil bakat belia melalui debat, lahir pelajar cemerlang akademik, sahsiah

SHAH ALAM, 18 DIS: Kementerian Pengajian Tinggi komited untuk meneruskan tradisi Pertandingan Debat Diraja dalam usaha mencungkil bakat terbaik belia di seluruh negara.

Menterinya Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata penganjurannya ke arah merealisasi wawasan Malaysia Madani iaitu usaha ke arah pembudayaan ilmu dan kepelbagaian wacana.

“Pertandingan ini sinonim sebagai wadah untuk mengasah daya fikir dan kepetahan pelajar, selain amat signifikan dalam melahirkan pelajar cemerlang dari segi akademik, sahsiah dan keterampilan.

“Dengan adanya program seperti ini ia juga dapat menyegarkan tradisi intelektual di kampus dimana penyegaran idea sebegini sangat diperlukan untuk pelajar,” katanya ketika berucap di Pertandingan Akhir Debat Diraja antara Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 2023, hari ini.

Majlis yang diadakan di Dewan Agung Tuanku Canselor, Universiti Teknolgi Mara (UiTM) di sini, dirasmikan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin.

Keberangkatan tiba baginda diiringi Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan Naib Canselor UiTM Prof Datuk Dr Shahrin Sahib.

[caption id="attachment_619430" align="aligncenter" width="689"] Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul bercakap kepada media selepas pertandingan akhir Debat Diraja antara IPT 2023 di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam pada 18 Disember 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Pertandingan akhir debat Diraja edisi ke-24 itu menyaksikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dinobatkan sebagai johan bagi kategori Bahasa Melayu, menewaskan pasukan Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Sementara itu, kumpulan pendebat UiTM diisytihar sebagai pemenang bagi kategori Bahasa Inggeris, manakala Universiti Malaya (UM) memenangi kategori Bahasa Arab.

Johan membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, piala pusingan serta trofi, manakala naib johan memenangi wang tunai RM3,000 dan trofi.

Sebanyak 85 pasukan bertanding dalam tiga kategori iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Ia membabitkan penyertaan daripada 19 universiti awam dan empat pusat pengajian tinggi swasta.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619