AGENDA

Kes Covid-19 tinggi, menteri minta IPT tunggu arahan KKM

18 Dis 2023, 7:54 AM
Kes Covid-19 tinggi, menteri minta IPT tunggu arahan KKM

SHAH ALAM, 18 DIS: Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir meminta pihak pengurusan institusi pengajian tinggi (IPT) merujuk kepada nasihat atau arahan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi langkah pencegahan penularan wabak Covid-19.

Beliau berkata sebarang nasihat dan arahan daripada KKM sepatutnya dijadikan panduan untuk IPT bagi melaksanakan langkah-langkah yang seterusnya.

“Saya telah maklumkan beberapa hari lalu, iaitu apa pun tindakan yang hendak dilakukan oleh pihak universiti, hendaklah berasaskan kepada apa yang dimaklumkan atau diarah oleh KKM.

“Apa-apa pun kita bergantung apa yang disebut mereka (KKM), saya tak boleh keluarkan kenyataan berkaitan dengan hal ehwal kesihatan,” katanya kepada media selepas majlis penutup Pertandingan Debat Diraja Antara Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 2023 Edisi ke-24, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keperluan untuk mengadakan sesi pembelajaran secara dalam talian susulan peningkatan kes Covid-19 ketika ini.

-BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619