AGENDA

Halal International Selangor teroka pasaran Indonesia, bantu usahawan kembang produk

12 Dis 2023, 3:00 AM
Halal International Selangor teroka pasaran Indonesia, bantu usahawan kembang produk
Halal International Selangor teroka pasaran Indonesia, bantu usahawan kembang produk

SHAH ALAM, 12 DIS: Halal International Selangor (HIS) bekerjasama dengan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) di Indonesia bagi meneroka peluang pasaran di negara itu.

Agensi itu yakin inisiatif berkenaan bakal membuka lebih banyak peluang kepada usahawan halal Selangor untuk memasarkan produk mereka ke Indonesia.

“Perbincangan (dengan Matrade) berkisar pasaran produk halal dan promosi produk Selangor di Indonesia dengan kedua-kedua pihak bersetuju saling membantu dalam membuka lebih banyak peluang kepada usahawan halal Selangor membawa produk ke Indonesia.

“Perbincangan diadakan ketika kunjungan delegasi HIS (diketuai) Pengurus Besar merangkap pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Muhammad Syaril Showkat Ali ke pejabat Matrade di Kuningan, Indonesia (baru-baru ini),” katanya di Facebook.

[caption id="attachment_618330" align="aligncenter" width="747"] Kunjungan delegasi Halal International Selangor diketuai Pengurus Besar merangkap Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Muhammad Syaril Showkat Ali (kiri) ke pejabat Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) di Kuningan, Indonesia baru-baru ini. Foto Facebook Halal International Selangor[/caption]

Menerusi kunjungan itu, HIS mempromosi Ekspo Persidangan Halal Antarabangsa Selangor (SELHAC) 2024 dan Matrade bersetuju mencadangkan penyertaan penggiat industri Indonesia dalam acara itu.

“Selain itu HIS akan disenaraikan keahlian sebagai agensi pembimbing halal Matrade bagi aktiviti perniagaan, latihan dan konsultansi serta agensi penghubung pasaran halal antarabangsa,” katanya.

Kerajaan Selangor melaksana Pelan Tindakan Halal Selangor (SELHAP) 2020-2030 menerusi Rancangan Selangor Pertama (RS-1) bagi meletakkan negeri ini sebagai hab halal global.

Sebanyak 10 inisiatif dijalankan iaitu mewujudkan Platform Maklumat Pusat (CIP), Operator Halal Diperakui (AHO), Promosi Halal Selangor, Pembiayaan Halal Selangor, Zon Ekonomi Halal Selangor dan Program Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Selangor.

Inisiatif lain antaranya termasuklah Pembangunan Kapasiti Halal Selangor, Koperasi Halal Selangor, Hab Perniagaan Halal Selangor dan Pangkalan Data Bahan Mentah Halal.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619