AGENDA

Dipanah petir ketika jalan kaki, kanak-kanak melecur hampir separuh badan

5 Dis 2023, 3:38 AM
Dipanah petir ketika jalan kaki, kanak-kanak melecur hampir separuh badan

KANGAR, 5 DIS: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun cedera dengan kesan melecur pada hampir seluruh badan akibat dipanah petir di Kampung Permatang Kerisek, Simpang Empat dekat sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kangar ACP Yusharifuddin Mohd Yusop berkata dalam kejadian pukul 7 malam itu, Muhamad Azizul Jaafar bersama ibunya Nor Lelawati Abu Bakar, 39, sedang berjalan kaki untuk pulang ke ke rumah mereka dari rumah jiran.

Beliau berkata Nor Lelawati tidak mengalami sebarang kecederaan namun trauma.

"Kejadian berlaku ketika hujan. Ibunya keluar dari rumah untuk mengambil kanak-kanak lelaki ini di rumah jiran," katanya dalam kenyataan hari ini.

Yusharifuddin berkata mangsa kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619