AGENDA

Gunung Merapi di Indonesia muntahkan abu setinggi 2,000 meter

2 Dis 2023, 9:39 AM
Gunung Merapi di Indonesia muntahkan abu setinggi 2,000 meter

JAKARTA, 2 DIS: Gunung Merapi yang terletak di sempadan Jawa Tengah dan Yogyakarta memuntahkan abu gunung berapi menyebabkan hujan abu di Boyolali dan Magelang pada Jumaat.

Letusan abu itu berlaku sebanyak dua kali iaitu pada pukul 7.27 malam dan 7.47 malam (waktu tempatan) yang mencecah sehingga 2,000 meter dari kawah gunung, menurut pusat pemantauan gunung berapi negara, PVMBG.

Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) melaporkan Desa Selo di Boyolali dan Desa Sawangan di Magelang turut terkesan akibat hujan abu itu.

Ketua Desa Klakah, Marwoto, yang mengesahkan kejadian itu memberi jaminan bahawa situasi adalah terkawal.

Sebagai langkah pencegahan, pihak berkuasa tempatan mengedarkan pelitup muka dan mengarahkan Village Alert Team siap sedia untuk diaktifkan dan menjalankan rondaan.

Gunung Merapi mula menunjukkan peningkatan aktiviti gunung berapi sejak 11 Mei 2018 dan berada dalam status berjaga-jaga sejak 5 Nov 2020.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619