AGENDA

Wanita dirogol bapa angkat dua minggu berturut-turut

1 Dis 2023, 12:56 AM
Wanita dirogol bapa angkat dua minggu berturut-turut

SHAH ALAM, 1 DIS: Seorang wanita berusia 19 tahun berdepan nasib malang dirogol bapa angkatnya dua minggu berturut-turut dalam bilik sendiri di perumahan Sungai Tengi Kanan, Tanjong Karang.

Ketua polis daerah Kuala Selangor berkata perbuatan terkutuk itu terbongkar selepas ibu mangsa berusia 41 tahun mengambilnya dan membuat laporan polis, lapor Berita Harian.

Menurut Superintendan Ramli Kasa, kejadian berlaku sepanjang mangsa duduk bersama suspek berusia 43 tahun dengan kali terakhir dirogol pada jam 1 pagi, 27 Mac lalu.

"Bapa angkat wanita itu masuk ke bilik mangsa lalu merogolnya. Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sungai Buloh dan pemeriksaan mengesahkan dia dirogol," katanya seperti dilaporkan.

Beliau berkata suspek yang menghilangkan diri ditahan di daerah Seri Alam, Johor pada 26 November dan kes disiasat mengikut Seksyen 376(B) Kanun Keseksaan (KK).

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619