AGENSI

Loji tenaga hijau urus sisa pepejal jangka dibina di Gombak Jun depan

14 Nov 2023, 1:00 PM
Loji tenaga hijau urus sisa pepejal jangka dibina di Gombak Jun depan
Loji tenaga hijau urus sisa pepejal jangka dibina di Gombak Jun depan

SHAH ALAM, 14 NOV: Loji Tenaga Hijau Sultan Idris Shah (SISGE) dijangka memulakan pembinaan fasa pertamanya di Gombak selepas Jun depan, kata pengarah urusan KDEB Waste Management (KDEBWM).

Dato’ Ramli Mohd Tahir berkata pembinaan fasa pertama loji tenaga mesra alam dan komuniti itu turut dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur sokongan.

[caption id="attachment_588080" align="aligncenter" width="811"] Pengarah Urusan KDEB Waste Management (KDEBWM), Dato’ Ramli Mohd Tahir pada majlis perasmian Pusat Kitar Semula Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Hicom, Seksyen 26, Shah Alam pada 19 Jun 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

“Projek fasa pertama bermula secara fizikal selepas mencapai ‘targeted financial closed (FC)’ pada Jun tahun depan dan jangka masa pembinan adalah 36 bulan.

“Segala perincian projek fasa pertama akan dimaklumkan kepada pihak awam menerusi proses kajian alam sekitar yang telus dan lengkap serta dijangka siap pada hujung tahun ini,” katanya dihubungi Selangorkini.

Tambahnya, bagi keseluruhan pembinaan loji tenaga itu dijangka menggunakan tanah seluas 245 ekar yang telah diperuntukan oleh Kerajaan Negeri.

“KDEBWM telah memilih YTL Power Generation International Berhad menerusi proses cadangan untuk permintaan sebagai rakan kongsi kolaborasi untuk perlaksanaan projek fasa pertama,” jelasnya.

Minggu lalu, Dato’ Menteri Besar ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2024 memaklumkan pembangunan empat fasa loji mampu membakar 2,400 tan sampah sehari dan menjana 130.5 MW tenaga elektrik.

Jelas Dato’ Seri Amirudin Shari, projek yang dibangunkan KDEBWM mengoptimumkan kos pengurusan dalam pengurusan sisa pepejal dengan mengekal kualiti dan kebersihan alam sekitar.

Menelan kos RM4.5 bilion melalui inisiatif pembiayaan swasta, kewujudan taman itu juga bakal menjadikan Selangor setanding negara maju dalam pengurusan sisa pepejal yang lebih mampan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619