AGENDA

Misi Selangor juara Liga Super, Piala Malaysia 2025

11 Nov 2023, 1:20 AM
Misi Selangor juara Liga Super, Piala Malaysia 2025

SHAH ALAM, 11 NOV: Kerajaan Negeri menyasarkan bola sepak pasukan merah kuning kembali menjuarai Liga Super, Piala Malaysia dan Kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) menjelang tahun 2025.

Dato' Menteri Besar berkata Kerajaan Negeri memperuntuk RM10 juta untuk pasukan Selangor FC (SFC) dan RM8 juta kepada Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) bagi tujuan itu.

"Ini adalah sebagai titik tolak misi menjuarai Liga Super, Piala Malaysia dan Kejohanan SUKMA menjelang tahun 2025.

"Untuk merealisasikan impian tersebut, Kerajaan Negeri akan menyokong penuh kepimpinan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor sebagai Presiden FAS dan SFC serta MSNS," kata Dato' Seri Amirudin Shari ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2024 semalam.

Beliau juga berkata dana RM1 juta disediakan untuk mengembangkan Selangor Cyber Games, menubuhkan Liga e-Sukan di setiap daerah dan mengukuhkan ekosistem e-sukan.

Katanya lagi, jumlah yang sama sebagai bantuan kewangan dan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada pemandu e-panggilan seperti p-panggilan melalui program Roda Darul Ehsan (RiDE)

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619