AGENDA

Tekad Kita Selangor: Empat janji dikotakan, satu lagi diumum minggu depan

5 Nov 2023, 6:01 AM
Tekad Kita Selangor: Empat janji dikotakan, satu lagi diumum minggu depan
Tekad Kita Selangor: Empat janji dikotakan, satu lagi diumum minggu depan
Tekad Kita Selangor: Empat janji dikotakan, satu lagi diumum minggu depan

GOMBAK, 5 NOV: Satu lagi tawaran Tekad Kita Selangor akan diumum dan dipenuhi dalam tempoh 100 hari pentadbiran Kerajaan Negeri.

Dato’ Menteri Besar berkata tawaran itu ialah bantuan baucar buku Kita Selangor yang bakal dilancar minggu depan dan dijangka memanfaatkan kira-kira 500 mahasiswa seluruh negeri untuk permulaan.

“Kita akan cuba tunai segala yang dijanjikan. Setakat ini, empat janji sudah dilaksanakan dalam tempoh 100 hari dan insya-Allah minggu depan kita akan lengkapkan lima perkara iaitu pelaksanaan baucar buku.

“Pada peringkat awal, kita mulakan (pemberian baucar buku) kepada 200 hingga 500 (mahasiswa) dulu. Tahun mendatang kita akan tambah lagi sebab bajet tahun ini agak terhad,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Beliau ditemui selepas menghadiri Jelajah Madani bersama Menteri Sumber Manusia V Sivakumar di Dewan Orang Ramai Kampung Melayu Wira Damai, Batu Caves di sini hari ini.

[caption id="attachment_611772" align="aligncenter" width="753"] Menteri Sumber Manusia V Sivakumar dan Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari menyampaikan bakul makanan kepada penerima pada program Jelajah Madani bersama menteri sumber manusia di Dewan Orang Ramai Kampung Melayu Wira Damai, Batu Caves, Gombak pada 5 November 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Empat janji dalam Tekad Kita Selangor yang sudah dilaksana pentadbiran ini merangkumi insentif RM1,000 bagi penjagaan anak (MamaKerja) yang bakal memanfaatkan 5,000 wanita seluruh negeri.

Selain itu, pengecualian cukai taksiran 426,656 rumah kos rendah dan kampung untuk penggal kedua tahun ini melibatkan implikasi kewangan RM29.415 juta.

Tawaran lain bayaran kepada 760 imam negeri ini ditingkatkan sebanyak RM200 kepada RM1,500 manakala elaun bagi 1,900 nazir, bilal, dan siak juga dinaikkan RM50 sebulan kepada RM300 (nazir), RM340 (bilal) serta RM290 (siak).

Ia termasuk insentif RM1,000 kepada 500 golongan petani dan nelayan berbentuk RM500 tunai manakala baki menerusi input peralatan.

[caption id="attachment_611773" align="aligncenter" width="803"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari menyampaikan sijil kepada peserta latihan HRD Corp pada program Jelajah Madani bersama menteri sumber manusia di Dewan Orang Ramai Kampung Melayu Wira Damai, Batu Caves, Gombak pada 5 November 2023. Hadir sama Menteri Sumber Manusia V Sivakumar (tiga, kanan). Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619