AGENDA

Puluhan penduduk Palestin terbunuh, cedera dalam serangan udara Israel

30 Okt 2023, 7:45 AM
Puluhan penduduk Palestin terbunuh, cedera dalam serangan udara Israel

GAZA, 29 OKT: Puluhan penduduk Palestin terbunuh manakala yang lain cedera dalam serangan udara tentera penceroboh Israel ke atas bangunan kediaman dan rumah di pelbagai kawasan di Semenanjung Gaza pada petang Ahad, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Menurut sumber, pesawat perang Israel mengebom kediaman di bandar Beit Lahia dan Kem Jabalia di utara Semenanjung Gaza.

Masjid Muhammad Al-Fateh di Beit Lahia turut dibom dan musnah sepenuhnya.

Serangan itu turut menyasarkan beberapa rumah di kawasan Al-Saftawi, utara Gaza City membunuh kira-kira 15 penduduk Palestin dan mencederakan lebih 30 yang lain.

Selain itu, pesawat perang Israel turut memperhebat serangan ke atas kawasan perumahan di Gaza City dan bahagian utara bandar.

Kawasan sekitar Hospital Al-Quds turut dibom mencederakan beberapa pesakit dan orang awam.

Jet Israel juga mengebom sebuah rumah di Kem Pelarian Al-Shati, barat Gaza City, mencederakan puluhan orang.

Selain itu, pesawat penceroboh turut mengebom kediaman di bandar Khan Yunis yang membunuh dua orang dan mencederakan beberapa yang lain.

Di Rafah City, tujuh orang maut selepas kediaman mereka dibom.

- BERNAMA-WAFA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619