AGENDA

2.6 bilion panggilan terbabit jenayah penipuan dalam talian disekat

18 Okt 2023, 4:48 AM
2.6 bilion panggilan terbabit jenayah penipuan dalam talian disekat

SHAH ALAM, 18 OKT: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) berjaya menyekat 2.6 bilion panggilan disyaki jenayah penipuan dalam talian setakat September lalu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) berkata polis turut membuka 5,924 kertas siasatan bagi kesalahan penipuan dan pengubahan wang haram (54) melibatkan pembekuan akaun RM63 juta.

"NSRC sedang meneliti peruntukan undang-undang sedia ada yang perlu dipinda termasuk Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001, Kanun Keseksaan dan Kanun Tatacara Jenayah," kata Ramkarpal Singh.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (PN-Tanah Merah) pada sesi Soal Jawab Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Tambah beliau, NSRC juga menerima 53,783 panggilan berkaitan laporan kes penipuan sejak penubuhannya Oktober tahun lalu.

Menurut Ramkarpal, kajian sedang dilaksanakan bagi memperkukuh pengoperasian NSRC termasuk kesediaannya beroperasi 24 jam.

"Seperti mana diumumkan oleh perdana menteri semasa pembentangan Belanjawan 2024, peruntukan kepada NSRC tahun depan ditingkatkan daripada RM10 juta kepada RM20 juta.

"Peningkatan jumlah peruntukan ini mencerminkan pendirian teguh dan serius kerajaan untuk membanteras jenayah penipuan secara dalam talian," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619