ADN

Sempena Deepavali, 400 keluarga di DUN Batu Tiga terima baucar beli-belah

15 Okt 2023, 2:41 PM
Sempena Deepavali, 400 keluarga di DUN Batu Tiga terima baucar beli-belah

SHAH ALAM, 15 OKT: Sebanyak 400 keluarga India di DUN Batu Tiga bakal menerima baucar Jom Shopping sempena sambutan Deepavali bulan depan.

Wakil rakyat Danial Al-Rashid Haron berkata permohonan baucar bernilai RM200 itu boleh dibuat di pejabatnya di Seksyen 16, dekat sini, mulai esok.

“Pemohon boleh datang ke pejabat dan isi dokumen diperlukan. Tahun ini peruntukan disedia untuk 400 penerima. Namun jika ramai memohon, kita akan buat rayuan supaya lebih ramai dapat dibantu.

“Baucar boleh ditebus di Giant Kota Kemuning. Kita harap usaha ini dapat memeriahkan sambutan perayaan mereka,” katanya ditemui di Jualan Ehsan Rakyat di Pinggiran Subang hari ini.

Beliau berkata beberapa syarat ditetapkan bagi memastikan inisiatif sampai kepada golongan sasar antaranya bukan penerima Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor dan berpendapatan bawah RM3,000.

Jom Shopping Raya diperkenalkan Kerajaan Negeri yang menyasar golongan berpendapatan rendah sebagai inisiatif jangka panjang bagi membela kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Serahan bantuan dibuat melalui pusat khidmat masyarakat di kawasan masing-masing mengikut komponen utama kaum dan sambutan perayaan.

Belanjawan tahun ini memperuntuk RM16.48 juta bagj memanfaatkan 82,400 penerima selepas nilai baucar dinaikkan daripada RM100 kepada RM200 berikutan situasi ekonomi dan keperluan rakyat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619