AGENDA

Senggara loji, bekalan air mula diagih berperingkat melalui sumber alternatif

11 Okt 2023, 2:53 AM
Senggara loji, bekalan air mula diagih berperingkat melalui sumber alternatif

SHAH ALAM, 11 OKT: Bekalan air mula disalurkan melalui sumber alternatif secara berperingkat meskipun kerja penyenggaraan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Langat berdepan sedikit isu teknikal.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan pihaknya sedang berusaha menyelesaikan kesulitan yang timbul di lapangan untuk memastikan pengguna mendapat bekalan sepenuhnya.

"Kerja penambahbaikan, penyenggaraan dan penggantian aset di LRA Sungai Langat siap dilaksanakan. Walaupun begitu, terdapat sedikit kesulitan di lapangan dan kami sedang berusaha menyelesaikannya.

"Namun begitu, bekalan air terawat yang bersih dan selamat telah mula disalurkan melalui sumber alternatif secara berperingkat-peringkat kepada premis pengguna," katanya di Facebook pagi ini.

Menurut syarikat pembekal air itu, tempoh pemulihan berbeza bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna serta dijangka pulih sepenuhnya jam 12 tengah hari esok.

Syarikat itu menasihatkan orang ramai merujuk laman sosial rasmi seperti Facebook, Instagram dan X atau pautan https://waterupdates.airselangor.com/ untuk perkembangan terkini.

Maklumat juga boleh didapati dengan menghubungi Air Selangor di talian 15300 atau layari https://www.airselangor.com/.

Sebelum ini, Air Selangor memaklumkan kerja menyelenggara aset LRA Sungai Langat dibuat dalam tempoh 51 jam dan menyebabkan gangguan di wilayah Petaling, Kuala Lumpur dan Hulu Langat bermula semalam.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619