AGENDA

Sultan berkenan lawat galeri karikatur, kagumi karya Datuk Lat

9 Okt 2023, 2:17 AM
Sultan berkenan lawat galeri karikatur, kagumi karya Datuk Lat
Sultan berkenan lawat galeri karikatur, kagumi karya Datuk Lat

SHAH ALAM, 9 OKT: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan melawat Galeri Rumah Lat di Jalan Bemban, Batu Gajah, Perak, kelmarin.

Baginda diiringi DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin meluang masa lebih sejam melawat galeri yang menempatkan karya Datuk Lat sejak beliau berkecimpung sebagai kartunis.

Menerusi Facebook Selangor Royal Office, keberangkatan tiba Baginda berdua disambut Seniman Diraja Datuk Mohammad Nor Mohammad Khalid atau Datuk Lat bersama isteri Datin Faezah Ahmad Zanzawi.

Menurut kenyataan itu, Baginda sejak sekian lama mengagumi bakat dan kebolehan seni Datuk Lat dalam berkarya selain sentiasa terhibur dengan karikatur beliau khususnya siri Kampung Boy.

“Baginda juga senang dengan keramahan Datuk Lat yang mudah diajak berbual serta seorang berpengalaman dan pakar dalam bidang beliau.

[caption id="attachment_606736" align="aligncenter" width="715"] DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj (dua, kanan) dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin (kiri) bergambar bersama Datuk Lat (dua, kiri) ketika melawat Galeri Rumah Lat di Jalan Bemban, Batu Gajah, Perak pada 7 Oktober 2023. Foto Facebook Selangor Royal Office[/caption]

“Baginda turut pernah membeli karya karikatur beliau beberapa tahun lalu yang dibesarkan dan dipamerkan di Istana Darul Ehsan, Putrajaya,” menurut kenyataan itu semalam.

Dalam kenyataan itu, Baginda berharap Datuk Lat terus menghasilkan karya hebat dan menghiburkan serta tidak jemu mendokumenkan suasana hidup rakyat negara ini dalam bentuk penceritaan karikatur.

“Baginda turut berharap legasi Datuk Lat akan terus dipelihara khususnya dengan penubuhan Galeri Rumah Lat yang boleh menjadi inspirasi untuk melonjak kreativiti generasi baharu,” katanya.

Pada 2014, Baginda berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Dato’ Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi mengiktiraf sumbangan dan jasa Datuk Lat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619