AGENSI

Hijrah Selangor tawar pembiayaan kewangan, modal mula niaga

27 Sep 2023, 8:01 AM
Hijrah Selangor tawar pembiayaan kewangan, modal mula niaga

SHAH ALAM, 27 SEPT: Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah Selangor) menawarkan pembiayaan kewangan sehingga RM5,000 sebagai modal perniagaan kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan secara kecil-kecilan.

Agensi itu memaklumkan bantuan yang disediakan itu adalah melalui Skim Pembiayaan Niaga Darul Ehsan (NaDI).

"Skim ini terbuka kepada rakyat Selangor khususnya wanita yang mewakili isi rumah dengan syarat pembiayaan sangat mudah.

"Skim ini juga terbuka kepada semua sektor perniagaan dan untuk maklumat lanjut boleh layari www.hijrahselangor.com atau hubungi 19 cawangan Hijrah Selangor yang berhampiran," katanya menerusi Facebook hari ini.

Antara syarat permohonan adalah warganegara Malaysia, berumur 18 hingga 65 tahun, bersetuju menubuhkan kumpulan dengan ahli tiga orang dan peminjam adalah wanita mewakili isi rumah.

Permohonan secara dalam talian boleh dibuat menerusi pautan http://mikrokredit.selangor.gov.my/.

Belanjawan Selangor 2023 memperuntukkan RM130 juta bagi membolehkan Hijrah Selangor menambah baik skim serta membantu pembangunan usahawan.

Selain NaDI, Hijrah Selangor turut menawarkan skim i-Bisnes, i-Bermusim, Zero to Hero, i-Agro, i-Lestari dan Go Digital.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619