AGENDA

14,527 notis saman babit warga asing, tiada lesen paling banyak

25 Sep 2023, 1:53 AM
14,527 notis saman babit warga asing, tiada lesen paling banyak

SHAH ALAM, 25 SEPT: Sebanyak 14,527 notis dikeluarkan kepada pemandu warga asing sepanjang 20 hari Operasi Khas Motosikal Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mulai 1 September.

Pengarah Kanan Bahagian Penguat Kuasa JPJ Datuk Lokman Jamaan berkata kesalahan utama yang dikesan ialah tiada lesen memandu dengan 6,268 notis dikeluarkan, lapor Berita Harian.

Beliau menjelaskan tiada perlindungan insurans pula membabitkan 2,667 notis, lesen tamat tempoh sebanyak 2,657 notis manakala selebihnya lain-lain kesalahan teknikal.

"Kita memandang berat isu pemandu warga asing tiada lesen memandu dan insurans kerana mereka tidak memahami undang-undang jalan raya di negara kita," katanya seperti dilaporkan portal itu.

Selain itu, Lokman berkata JPJ turut menyita 35 kenderaan termasuk 17 motosikal ditunggang warga asing yang tiada lesen memandu, insurans serta cukai jalan.

Dalam operasi yang berakhir tengah malam tadi, sebanyak 1,459 kenderaan diperiksa termasuk kereta, kenderaan perkhidmatan awam dan kenderaan barangan.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619