AGENDA

Dua PPS ditutup, 102 mangsa banjir di Baling pulang ke rumah

22 Sep 2023, 12:12 PM
Dua PPS ditutup, 102 mangsa banjir di Baling pulang ke rumah

ALOR SETAR, 22 SEPT: Dua pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di daerah Baling bagi menempatkan 102 mangsa banjir sejak semalam ditutup 7 malam tadi.

Ketua Bahagian Sekretariat Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mej (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata semua mangsa dibenarkan pulang ke rumah susulan keadaan banjir yang sudah pulih.

"PPS Masjid Islahiyah Tawar dan PPS Masjid Binjul Luar yang menempatkan 102 orang daripada 33 keluarga itu ditutup sepenuhnya 7 malam ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, semua mangsa itu dipindahkan ke dua PPS berkenaan selepas rumah mereka dinaiki air akibat hujan lebat di sekitar Baling sejak petang semalam.

Hujan lebat di daerah itu juga menyebabkan air Sungai Ketil melimpah ke tebing di Kampung Padang Empang dan Kampung Iboi.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619