SELANGOR

RMS berkenan hadiri makan malam Selangor Youth Community di UK

18 Sep 2023, 12:05 PM
RMS berkenan hadiri makan malam Selangor Youth Community di UK

SHAH ALAM, 18 SEPT: Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor berkenan berangkat ke majlis makan malam eksklusif anjuran Prince’s Trust International dan Selangor Youth Community (SAY) di London, United Kingdom.

Menurut kenyataan Selangor Royal Office di Facebook, keberangkatan Tengku Amir Shah pada Sabtu lalu diiringi kekanda Baginda, Tengku Zerafina dan Engku Panglima Setia Diraja Dato’ Syed Haizam Jamalullail.

"Majlis makan malam dengan tema ‘Empowering Malaysian Youth for a Brighter Tomorrow’ ini diadakan dengan hasrat meningkatkan kesedaran terhadap program-program pembangunan SAY untuk membantu para belia Malaysia mendepani cabaran akan datang.

"Menerusi inisiatif ini, DYTM Tengku Amir yang juga pengasas SAY turut memperoleh sokongan daripada Prince’s Trust International, sebuah organisasi yang diasaskan oleh Raja Charles III," katanya.

Khamis lalu, Tengku Amir berkenan menghoskan majlis minum petang bagi meraih dana untuk SAY di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London, United Kingdom.

SAY diwujudkan untuk membantu pembangunan belia khusus dalam bidang keusahawanan. Antara program dianjurkan termasuk Liga Usahawan Wanita dan Selangor Youth Community (SAY) ASPIRE.

SAY juga menganjurkan pelbagai aktiviti untuk belia seperti sukan, seni, kebudayaan dan menawarkan khidmat kemasyarakatan kepada golongan memerlukan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619