AGENDA

Kementerian tegas tangani isu guna murid untuk kandungan media sosial

16 Sep 2023, 8:14 AM
Kementerian tegas tangani isu guna murid untuk kandungan media sosial

KUCHING, 16 SEPT: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertegas dalam menangani isu guru yang menggunakan anak murid dalam kandungan (content) media sosial, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Beliau berkata susulan itu, garis panduan telah dikeluarkan bagi memastikan perlindungan diberi kepada anak-anak murid.

“Kita dalam keadaan kebanjiran idola, kemarau tauladan…adalah besar harapan saya untuk melihat warga pendidik menjadi suri teladan dalam masyarakat.

“Rakyat Malaysia itu adalah refleksi kepada gurunya, guru yang berintegriti, guru yang beradab tinggi dan guru yang berakhlak.

“Seorang guru perlu mempertahankan indoktrin kebangsaan dan benar-benar menjulang pendidikan negara,” katanya ketika berucap pada majlis Sambutan Hari Malaysia di Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, di sini, malam tadi.

Tambah Fadhlina, pendidikan manusiawi itu penting dalam usaha kerajaan hari ini untuk membina Malaysia MADANI dan pada penghujung bulan ini KPM akan mengeluarkan satu garis panduan dalam menangani kes buli, jenayah seksual dan perkauman.

“Kita tidak akan benarkan sesekali berlaku dalam institusi kita…dan guru adalah barisan hadapan bagi memastikan bahawa ketiga-tiga dosa besar ini tidak akan berlaku dalam institusi pendidikan,” katanya.

Pada majlis itu, Fadhlina turut mengumumkan memperuntukkan RM150,000 dari KPM kepada Institut Pendidikan Guru Batu Lintang untuk penyelenggaraan kerja-kerja kecil.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619