AGENDA

Ibu bapa M40 dipelawa mohon bantuan yuran daftar taska

15 Sep 2023, 12:00 PM
Ibu bapa M40 dipelawa mohon bantuan yuran daftar taska

SHAH ALAM, 15 SEPT: Sebanyak 315 permohonan insentif Yuran Pendaftaran Taska (Pintas) diterima setakat hari ini, sejak ia dibuka pada 1 September lalu.

EXCO Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari berkata 32 daripadanya didapati gagal kerana tidak memenuhi syarat yang ditetapkan Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas).

"Bagaimanapun, permohonan masih dibuka dan tiada tarikh tutup setakat ini dan kita akan buka sehingga sasaran kuota 5,000 penerima dipenuhi.

"Ibu bapa yang berpendapatan isi rumah antara RM5,001 hingga RM8,000 digalak memohon bantuan ini bagi mengurangkan beban menghantar anak ke taska," katanya kepada Selangorkini.

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan http://pintas.yawas.com.my dengan menyertakan beberapa dokumen dalam tempoh 21 hari selepas pendaftaran.

Dokumen perlu dimuat naik seperti berikut:

  • salinan sijil kelahiran anak
  • salinan kad pengenalan pemohon
  • salinan daftar pengundi
  • salinan penyata gaji terkini pemohon dan pasangan
  • salinan akaun bank
  • salinan surat akuan berkanun atau sijil anak angkat
  • salinan resit pembayaran yuran pendaftaran taska bagi kemasukan 2023

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar ketika membentang Belanjawan Selangor 2023 mengumumkan bantuan sekali bayar RM100 kepada ibu bapa yang memiliki anak berusia empat tahun ke bawah untuk kemasukan ke taska atau nurseri.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata insentif pendaftaran tahunan untuk golongan berpendapatan sederhana (M40) membabitkan dana keseluruhan RM500,000.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619