AGENSI

Pengunjung puji jualan barangan asas KoHijrah murah, berkualiti

11 Sep 2023, 8:30 AM
Pengunjung puji jualan barangan asas KoHijrah murah, berkualiti
Pengunjung puji jualan barangan asas KoHijrah murah, berkualiti
Pengunjung puji jualan barangan asas KoHijrah murah, berkualiti

SHAH ALAM, 11 SEPT: Rata-rata pembeli memuji usaha Koperasi Warga Hijrah (KoHijrah) mewujudkan jualan murah barangan asas bagi meringankan perbelanjaan penduduk.

Warga emas V Sarojiny, 66, berkata beliau teruja dengan pelbagai jenis sayuran dan barangan keperluan lain dijual segar dan berkualiti.

[caption id="attachment_602468" align="alignleft" width="347"] V Sarojiny[/caption]

"Walaupun baharu sahaja hari pertama beroperasi saya harap kualiti dan harga ditawarkan pada masa hadapan kekal murah berbanding di pasaran.

"Lokasinya juga strategik dan selain barangan keperluan asas, kita juga boleh mencuci mata atau duduk berehat sebentar di kedai makan yang terdapat di kiosk di sini," katanya.

Beliau ditemui pada program Sayur Segar KoHijrah Jualan Rakyat di Laman Niaga Usahawan KoHijrah Seksyen 15 di sini hari ini.

Usahawan KoHijrah, Intan Alia Sulaiman, 42, turut memuji usaha koperasi itu menyediakan pasar mini sedemikian di laman niaga berkenaan.

[caption id="attachment_602469" align="alignright" width="342"] Intan Alia Sulaiman[/caption]

"Pengunjung yang datang membeli-belah barangan dapur di sini pada masa sama boleh singgah di kiosk-kiosk KoHijrah sambil membantu menaikkan jualan kami.

"Selain itu, ia juga memudahkan peniaga kiosk seperti kami untuk membeli barangan keperluan asas tanpa perlu ke pasar raya, harganya juga murah," katanya yang menjual wafel dan minuman.

Terdahulu, koperasi itu melancarkan Laman Niaga Usahawan KoHijrah di Seksyen 15 di sini bagi mendapatkan 120 jenis sayuran pada harga serendah RM1 hingga RM5.

Program yang beroperasi mulai hari ini dibuka setiap hari bermula jam 6 pagi hingga 9 malam selain pelbagai barangan asas juga bakal ditawarkan pada masa hadapan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619