AGENDA

Tidak sempat jadi pengantin, lelaki ditahan miliki syabu dalam kereta

8 Sep 2023, 3:52 AM
Tidak sempat jadi pengantin, lelaki ditahan miliki syabu dalam kereta

SHAH ALAM, 8 SEPT: Seorang lelaki tidak sempat melangsungkan perkahwinan esok selepas ditahan bersama 2.1kg dadah dipercayai syabu di Jalan Timur, Tawau Rabu lalu.

Ketua polis daerah Tawau berkata dadah bernilai RM120,000 ditemui pada suspek, 30, yang memandu dalam keadaan mencurigakan apabila ternampak polis, lapor Berita Harian.

Menurut Asisten Komisioner Jasmin Hussin, suspek kemudian cuba melarikan diri dengan keretanya tetapi berjaya ditahan polis selepas dikejar beberapa kilometer.

"Pemeriksaan awal ke atas suspek menjumpai satu bungkusan plastik di dalamnya mengandungi empat plastik lutsinar berisi hablur jernih disyaki dadah jenis syabu.

"Pemeriksaan polis turut menemukan sebuah kotak mengandungi dua bungkusan plastik hijau bertulis 'Guanyinwang' iaitu bahan hablur jernih mampat disyaki dadah jenis sama (syabu)," katanya.

Jasmin berkata suspek yang mempunyai rekod jenayah lampau pernah ditangkap mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 pada 2016 berdasarkan siasatan lanjut.

Suspek direman tujuh hari bermula 7 September mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619