AGENDA

Lelaki direman tujuh hari bantu siasatan penjawat awam maut dibelasah

4 Sep 2023, 8:37 AM
Lelaki direman tujuh hari bantu siasatan penjawat awam maut dibelasah

TANAH MERAH, 4 SEPT: Lelaki direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang penjawat awam, selepas terlibat dalam pergaduhan di sebuah kedai makan di Jalan Lama Pasir Putih-Machang berhadapan Hospital Machang, semalam.

Perintah tahanan reman terhadap suspek berusia 46 tahun itu, dikeluarkan Majistret Amal Razim Alias di Mahkamah Majistret Tanah Merah bermula hari ini hingga 10 September.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Semalam, Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata seorang penjawat awam maut, selepas terlibat dalam pergaduhan di sebuah kedai makan di Jalan Lama Pasir Puteh-Machang berhadapan Hospital Machang, melibatkan dua lelaki berusia 51, dan 46 tahun sekitar 11 pagi.

Beliau berkata akibat pergaduhan tersebut, mangsa berusia 51 tahun mengalami kecederaan parah di kedua-dua mata serta patah tulang rusuk sebelah kiri dan pendarahan serius di bahagian muka, manakala suspek hanya mengalami kecederaan di tangan.

“Pergaduhan berlaku tanpa melibatkan sebarang senjata dan mangsa dibawa ke Hospital Machang oleh ambulans untuk rawatan lanjut dan disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan,” katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619