AGENDA

PM sampaikan amanat Hari Kebangsaan 2 petang ini

30 Ogos 2023, 1:00 AM
PM sampaikan amanat Hari Kebangsaan 2 petang ini

KUALA LUMPUR, 30 OGOS: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan Amanat Perdana sempena Hari Kebangsaan 2023 di Dewan Plenari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada 2 petang ini.

Amanat berkenaan akan disiarkan secara langsung menerusi stesen media tempatan seperti Bernama TV dan Radio Televisyen Malaysia (RTM), selain menerusi Facebook rasmi perdana menteri dan Kementerian Komunikasi dan Digital.

Anwar akan menyampaikan amanat pertamanya sempena Hari Kebangsaan sejak mengambil alih jawatan perdana menteri pada November tahun lepas.

Kemuncak sambutan Hari Kebangsaan 2023 bertemakan ‘Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan’, akan berlangsung di Putrajaya esok.

Ini merupakan kali kelima sambutan Hari Kebangsaan diadakan di Putrajaya iaitu sebelum ini pada 2003, 2005, 2018 dan 2019.

Sejumlah 10 komponen kontinjen akan menyertai acara perbarisan dan perarakan pada 31 Ogos iaitu Kenegaraan, Perpaduan Malaysia Madani, Ekonomi, Perbankan, Telekomunikasi, Industri Kreatif, Komuniti, Sukan Negara, Kesejahteraan dan Keselamatan Negara.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619