AGENSI

Mais agih kutipan fidyah RM106,708 kepada 721 penerima di tiga daerah

25 Ogos 2023, 3:15 PM
Mais agih kutipan fidyah RM106,708 kepada 721 penerima di tiga daerah
Mais agih kutipan fidyah RM106,708 kepada 721 penerima di tiga daerah

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 25 OGOS: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mengagihkan RM106,708 kutipan fidyah kepada 721 penerima di daerah Hulu Langat, Kuala Selangor dan Klang hari ini.

Agensi itu memaklumkan agihan fidyah membabitkan tujuh tempat diberikan dalam bentuk kotak makanan asas yang bernilai RM148 bagi setiap keluarga.

"Bantuan fidyah Mais berupa set makanan kering seperti beras, minyak masak, mihun, gula, tepung gandum, kicap manis, sardin dan susu pekat manis,” kata kenyataan itu menerusi Facebook.

[caption id="attachment_599818" align="aligncenter" width="814"] Petugas Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menyerahkan bantuan makanan asas kepada penerima di tiga daerah pada 25 Ogos 2023. Foto Facebook Mais[/caption]

Tambahnya, agihan melibatkan kerjasama daripada rakan strategik agihan fidyah Mais antaranya Masjid Taman Cheras Jaya, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jeram, Persatuan Pengajian Al-Quran dan Al-Hadis OKU Pendengaran Selangor.

"Terima kasih kepada semua pembayar fidyah, semoga sumbangan yang diberikan ini dapat membantu meringankan beban mereka," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619