AGENDA

ERL tawar tambang istimewa pada 31 Ogos

25 Ogos 2023, 12:10 PM
ERL tawar tambang istimewa pada 31 Ogos

PUTRAJAYA, 25 OGOS: Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) menawarkan harga istimewa tambang tiket pergi balik bagi perkhidmatan KLIA Transit untuk perjalanan dari KL Sentral ke Terminal Putrajaya Sentral pada 31 Ogos ini sempena sambutan Hari Kebangsaan.

ERL dalam kenyataan hari ini memaklumkan kadar tambang istimewa bagi dewasa ialah RM15 berbanding harga asal RM28, RM1 bagi kanak-kanak 6 hingga 15 tahun (harga asal RM12.60) manakala tambang percuma bagi kanak-kanak enam tahun ke bawah.

“Tambang istimewa ini hanya ditawarkan untuk pembelian dan perjalanan sehari sahaja pada 31 Ogos, bagi perjalanan bermula dari stesen KL Sentral ke stesen Putrajaya dan Cyberjaya,” menurut kenyataan itu.

Menurut ERL, untuk mendapatkan tambang istimewa ini, pengguna perlu membeli tiket di kaunter tiket KL Sentral sahaja.

ERL memaklumkan perkhidmatan KLIA Transit pada 31 Ogos akan bermula lebih awal pada 4.30 pagi.

Sambutan Hari Kebangsaan 2023 bertemakan ‘Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan’ akan diadakan di Putrajaya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619