AGENDA

Sultan titah pulih ekonomi, titik berat isu kos sara hidup

21 Ogos 2023, 10:06 AM
Sultan titah pulih ekonomi, titik berat isu kos sara hidup

SHAH ALAM, 21 OGOS: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor menitahkan Kerajaan Negeri untuk memberi tumpuan kepada usaha pemulihan ekonomi dan kos sara hidup rakyat.

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bertitah isu berkenaan perlu diberi keutamaan bagi mengelak rakyat terbeban dengan kemelesetan ekonomi yang mencabar ketika ini.

Baginda juga berharap kerajaan yang dibentuk segera mengatasi kepincangan yang ada dalam kehidupan rakyat di Selangor khususnya dari segi infrastruktur dan pembangunan.

“Adalah menjadi keutamaan Beta agar pihak kerajaan menyelesaikan segera masalah berkaitan kehidupan harian rakyat,” titah Baginda.

Baginda bertitah pada istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Ikrar Aku Janji Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di Istana Alam Shah di sini hari ini.

Sultan Sharafuddin juga mahu Kerajaan Negeri memberi penekanan terhadap isu banjir yang sering melanda dengan membuat rancangan jangka pendek, sederhana dan panjang.

Baginda bertitah kerajaan perlu memenuhi keperluan rakyat dan tidak hanya berbangga dengan pencapaian ekonomi pesat dan status negeri kaya.

"Beta menaruh harapan yang tinggi untuk Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian bagi memberi perkhidmatan yang cemerlang dengan turun ke padang bagi melihat sendiri keadaan pembangunan yang dirancang dan sedang berjalan," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619