AGENDA

10 maut termasuk orang kenamaan dalam nahas pesawat terhempas

17 Ogos 2023, 9:56 AM
10 maut termasuk orang kenamaan dalam nahas pesawat terhempas

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 17 OGOS: Seramai 10 mangsa termasuk orang kenamaan dikhuatiri maut dalam nahas pesawat ringan di Elmina Central Park Seksyen U16 Shah Alam hari ini.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi Bomba dan Penyelamat Malaysia mengesahkan dua kru dan enam penumpang pesawat selain seorang penunggang motosikal dan seorang pemandu kereta terbunuh.

Bagaimanapun, Mohamad Shoki Hamzah ketika dihubungi berkata pihaknya masih menunggu maklumat polis berkaitan kemungkinan ada lebih daripada seorang individu berada dalam kereta tersebut.

"Mengenai orang kenamaan yang turut menjadi mangsa kena minta pengesahan polis," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan setakat jam 5.15 petang ini hanya mengesahkan 10 lelaki maut dalam kejadian berkenaan.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata sebuah pesawat terhempas di jalan raya berdekatan kawasan perumahan di Bandar Elmina dekat sini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berluasa Penerbangan Awam Malaysia pula, pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi jam 2.08 petang ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang .

Dato' Kapten Norazman Mahmud menjelaskan menara kawalan Subang memberi kebenaran mendarat pada jam 2.48 petang sebaliknya asap kelihatan dari lokasi nahas tiga minit kemudian. Namun, tiada panggilan kecemasan dibuat pesawat itu.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619