PBT

Sayembara puisi merdeka, hadiah wang tunai RM2,800 menanti pemenang

15 Ogos 2023, 3:15 AM
Sayembara puisi merdeka, hadiah wang tunai RM2,800 menanti pemenang
Sayembara puisi merdeka, hadiah wang tunai RM2,800 menanti pemenang

OLEH AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 15 OGOS: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mempelawa orang ramai menyertai sayembara puisi kemerdekaan yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan RM2,800.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya Mohd Azhar Mohd Sharif berkata pertandingan terbahagi kepada dua kategori iaitu dewasa (18 tahun ke atas) dan remaja (17 tahun ke bawah).

"Penyertaan boleh dihantar hingga 18 Ogos ini di portal www.mbsa.gov.my dan lapan peserta untuk setiap kategori akan dipilih ke peringkat akhir pada 26 Ogos ini di Laman Seni 7, Shah Alam," katanya.

Menurut Mohd Azhar bagi kategori dewasa, johan akan menerima RM500, RM300 (kedua), RM200 (ketiga) dan lima pemenang saguhati (RM100).

Ujarnya, bagi kategori remaja pula johan akan menerima RM400, RM250 (kedua), RM150 (ketiga) dan lima hadiah saguhati (RM100).

"MBSA turut mengadakan pertandingan pakaian klasik kemerdekaan pada 26 Ogos yang menawarkan hadiah wang tunai RM300 untuk johan, RM200 (kedua) dan RM100 (ketiga).

"Sebarang pertanyaan untuk kedua-dua pertandingan boleh menghubungi Ahmad Ridhwan di talian 013-6450795 dan Amir Syafiq (012-9151567)," tambahnya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619