AGENDA

Lebih 500 pengunjung laung slogan kekal lima tahun di Festival Merah Kuning Gombak Setia

9 Ogos 2023, 12:27 AM
Lebih 500 pengunjung laung slogan kekal lima tahun di Festival Merah Kuning Gombak Setia

OLEH SHAMZ JOHAN

GOMBAK, 9 OGOS: Laungan Kekal Lima Tahun bergema dalam Festival #ArusMerahKuning @ Gombak Setia di Uptown Sri Gombak, malam tadi.

Lebih 500 pengunjung hadir pada program yang turut menampilkan persembahan artis Shakirah Amanda, Tomok, Salma Mentor, Ezad Lazim, Zamani dan artis veteran, Nash.

Tamat persembahan, calon Gombak Setia, Datuk Megat Zulkarnain Omardin memulakan ceramah disusuli calon Sungai Tua Dato' Seri Amirudin Shari yang tiba kira-kira jam 12 malam.

Turut hadir menyampaikan ceramah ialah Naib Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Peter Anthony.

Festival #ArusMerahKuning @ Sungai Tua akan dianjurkan hari ini di Dataran Sungai Tua dan disusuli Hulu Kelang pada Khamis (lokasi akan dimaklumkan kemudian).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619