AGENDA

Umar layak ke separuh akhir 400 meter Universiade, perbaharui rekod kebangsaan

1 Ogos 2023, 6:05 AM
Umar layak ke separuh akhir 400 meter Universiade, perbaharui rekod kebangsaan

KUALA LUMPUR, 1 OGOS: Juara Sukan SEA acara 400 meter (m) lelaki, Umar Osman meneruskan kecemerlangan dengan memperbaharui rekod kebangsaan miliknya di Sukan Universiti Dunia (Universiade) Chengdu, China, hari ini.

Pelari berusia 20 tahun dari Johor itu mencatat 46.33 saat (s) pada pusingan saringan di Stadium Shuangliu Sports Centre untuk menamatkan saingan di tempat kedua secara keseluruhan.

Catatan itu bukan sahaja melayakkan Umar ke separuh akhir yang dijadualkan esok, malah meletakkannya pada posisi untuk memburu pingat.

Umar sebelum ini mencipta sensasi apabila merangkul pingat emas 400m dengan memecahkan rekod kebangsaan berusia 22 tahun dengan catatan 46.34s.

Kejayaan itu memadam rekod 46.41s milik Mohd Zaiful Zainal Abidin yang dilakukan pada Kejohanan Olahraga Remaja Asia 2001 di Brunei.

Sementara itu, wakil Australia Reece Holder muncul pelari terpantas bagi sesi saringan hari ini dengan catatan 46.10s, manakala Naohiro Jinushi dari Jepun di kedudukan ketiga dengan 46.43s.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619