AGENSI

Asrama tahfiz di Kuala Langat terbakar, 20 pelajar selamat

31 Jul 2023, 1:57 AM
Asrama tahfiz di Kuala Langat terbakar, 20 pelajar selamat

SHAH ALAM, 31 JULAI: Sebuah asrama sekolah tahfiz yang menempatkan 20 pelajar lelaki di Kampung Medan, Telok Panglima Garang di Kuala Langat, musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Bagaimanapun, kesemua pelajar berusia antara 13 dan 17 tahun itu berjaya menyelamatkan diri dalam kejadian tersebut yang menyebabkan bangunan asrama itu musnah 70 peratus.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata Pusat Gerakan Operasi (PGO) pihaknya menerima laporan berhubung kebakaran itu pada 12.03 tengah malam tadi.

Beliau berkata seramai 18 anggota termasuk pegawai telah digerakkan ke lokasi kejadian dan kebakaran berjaya dipadamkan pada pukul 12.54 tengah malam.

"Kebakaran melibatkan sebuah asrama lelaki berkeluasan 20x70 kaki persegi, jenis bangunan struktur terbuka kelas A dan tidak melibatkan mangsa.

"Semasa kejadian, terdapat 20 penghuni yang telah bertindak menyelamatkan diri tanpa mengalami kecederaan," katanya dalam kenyataan.

-BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619