AGENDA

Taman rekreasi Mangrove Point dibuka kepada orang awam mulai hari ini

26 Jul 2023, 7:46 AM
Taman rekreasi Mangrove Point dibuka kepada orang awam mulai hari ini
Taman rekreasi Mangrove Point dibuka kepada orang awam mulai hari ini

KLANG, 26 JULAI: Taman rekreasi Mangrove Point yang dibangunkan Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB) di Pelabuhan Klang kini dibuka kepada orang awam secara rasmi bermula hari ini.

Pengarah Khidmat Korporat LLSB Nini Shazrina Ahmad Shamli berkata lokasi ekopelancongan terbaharu itu membawa orang ramai menikmati pemandangan hutan paya bakau di kawasan seluas 70 ekar.

“Taman Mangrove Point ini dipenuhi dengan keindahan flora dan fauna serta semakin dikenali kerana menjadi destinasi ekopelancongan baharu di Selangor.

[caption id="attachment_595108" align="alignleft" width="415"] Pengarah Khidmat Korporat LLSB Nini Shazrina Ahmad Shamli ditemui di Mangrove Point, Pelabuhan Klang pada 26 Julai 2023. Foto AFENDI MOHAMED/SELANGORKINI[/caption]

“Kita berharap taman ini akan menjadi hab pendidikan kerana orang awam boleh mempelajari ekosistem hutan paya bakau, sekali gus memupuk kesedaran kepentingan menjaga alam sekitar,” katanya ditemui selepas majlis pembukaan taman tersebut.

Taman Mangrove Point dilengkapi laluan pejalan kaki sepanjang satu kilometer, yang membolehkan pengunjung menerokai keindahan hutan paya bakau yang subur di sepanjang Sungai Klang.

Lokasi yang dibangunkan menerusi projek Gerbang Maritim Selangor (SMG) diiktiraf Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM) dalam Anugerah Seni Bina Landskap Malaysia menerusi kategori Analisis dan Kajian Landskap pada 2019.

Sebelum ini, EXCO Infrastruktur Ir Izham Hashim memaklumkan taman yang dibangunkan dengan kos RM10 juta itu dilengkapi surau, tandas, kawasan perkhemahan dan riadah selain aktiviti memancing.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619