ADN

RM20,799 turap jalan, pasang lampu solar di terowong ke tanah perkuburan

22 Jul 2023, 12:30 PM
RM20,799 turap jalan, pasang lampu solar di terowong ke tanah perkuburan
RM20,799 turap jalan, pasang lampu solar di terowong ke tanah perkuburan

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 22 JULAI : Sebanyak RM20,799 dibelanjakan untuk menurap jalan sepanjang 336 meter membabitkan laluan berterowong ke Tanah Perkuburan Islam Bukit Beruntung, Hulu Selangor.

Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali Saifuddin Shafi Muhammad berkata sebanyak lapan lampu solar turut dipasang untuk menerangi kawasan terowong terutama ketika malam.

[caption id="attachment_582147" align="aligncenter" width="754"] Penyelaras DUN Batang Kali Saifuddin Shafi Muhammad. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

"Kini jalan di terowong yang dulunya rosak dan ditakungi air telah dibaiki sementara kawasan terowong tidak lagi gelap.

"Kos naik taraf menggunakan sebahagian peruntukan baik pulih Kerajaan Negeri tahun ini," maklumnya di Facebook.

Saifuddin Shafi berharap kemudahan berkenaan memudahkan perjalanan petugas perkuburan serta semua pihak sekitar Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa untuk ke tanah perkuburan berkenaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619