PBT

Sertai pertandingan video basmi Aedes, peluang menangi hadiah RM1,500

22 Jul 2023, 3:02 AM
Sertai pertandingan video basmi Aedes, peluang menangi hadiah RM1,500

Oleh SHAMZ JOHAN

SHAH ALAM, 22 JULAI: Orang ramai berpeluang memenangi hadiah keseluruhan RM1,500 menerusi pertandingan video basmi Aedes anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Bertemakan Cari dan musnah tempat pembiakan nyamuk, pertandingan video kreatif 3C (semak, bersih, selesa) sempena kempen kesedaran kesihatan persekitaran bermula 21 Julai hingga 20 Ogos.

"Individu yang berminat perlu menghasilkan video tidak lebih daripada 1 minit 30 saat dan memuat naik ke akaun media sosial seperti TikTok, Facebook atau Instagram dengan tanda pagar yang diberi," katanya menerusi Facebook.

Jelasnya, rakaman video mesti dibuat menggunakan Bahasa Melayu dan peserta perlu menyertakan pautan video dalam borang pendaftaran.

Menurut MBSA lagi, hanya rakaman video yang jelas dan terang serta menepati tema pertandingan sahaja yang akan dinilai.

Orang ramai yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan melayari pautan berikut bit.ly/PertandinganVideo3C23 atau imbas kod QR di poster.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619